Aug 30, 2009

the night before merdeka.

semalaman aku mencelikkan mata mengadap laptop aku. meng 'adjust' memilih templet yang boleh menyedapkan mate aku memandang (termasuk yang bace blog nie). memang memenatkan bila berjage tapi meng'edit' templet nie bukan objektif sebenar aku. saje aku nak train mata aku supaye berjage malam sebab next week kene standby malam. dekat tiga minggu tak kerje malam tetiba kene jage malam buat kepale otak aku bengong siket. semoga malam mendatang bukan malam yang penuh jahanam buat aku. maner la tau tak boleh tidur sebab banyak breakdown. sakit jiwe aku dibuatnye.

disebabkan aku dah tak tidur semalaman maka aku secara spontan melelapkan diri selepas sahur hingga siang hari dek kerane kepenatan tahap cipan ditambah dengan hujan renyai2 kat luar. sedar2 dah pukul 1030am. bagun, balik rumah then tengok astro. lepas solat zohor dalam pukul 3 aku pun sambung tidur lagi.

apa yang menariknye bile aku tidur kali nie ialah mimpi aku. aku bermimpikan 12 ultraman jahat yang mengejar aku bersame2 dengan 12 ultraman baik yang lain. ditambah dengan kehadiran dinosour yang banyak memang aku rasa dunia dah nak kiamat mase tu. punye lah penat aku melarikan diri dari awal mimpi hingga ke penghabisan mimpi aku. kalau ditanya macam mana aku tau bilangan ultraman tu jawapannya mudah; sebab aku yang mimpi bukan korang, jadi automatik jawapan aku super duper betul. sampai sekarang juga aku masih mempertikaikan, kenape ultraman? kenape dinosour? kanape bukan aweq2 comel? kenape bukan mimpi jadi kaye? atau mimpi membelasah bos aku?kenape itu, dan kenape ini? terpakselah aku menerima realiti dan hakikat bahawa ianya sekadar mimpi yang tidak membawa apa2 makna. hmm.. lawaknye mimpi aku..

oh ye. pasal merdeka pulak, aku tak rasa yang kita masih lagi merdeka. dan aku malas nak merapu pasal merdeka. Salam Merdeka pada mereka yang dah rase kita cukup merdeka.

1 comment:

  1. hello naimsaleh,
    terima kasih kerana 'follow' blog saya :)

    rajin2lah update blog kamu, bleh singgah baca.
    btw, selamat hari raya!

    Salam, ely azyze

    ReplyDelete