Dec 31, 2010

p.d.w.a.k.e.u.p.p.r.o.j.e.c.t


* mintak maap, saya tak boleh shoot
gambar saya sendirik..

Dec 15, 2010

34th days


my 34th day yang sangat tough..
rasa makin banyak benda yang kita nak tau..
ilmu Allah memang Maha luas..
ader ilmu yang baik, ade yang jahat..
aku pon bukan baik sangat pon..
tapi kadang-kadang kene ade muhasabah diri..
biar tak hanyut jauh..

Dec 8, 2010

maal hijrah

azam saya tahun ini sangat besar..
saya tidak tahu boleh tercapai atau tidak..
semoga Allah memberi petunjuk..
mempermudahkan jalan..
memberi keredhaan dan keberkatan..
Insya'Allah..
doakan saya..
saya doakan Allah merestui azam awak juga..


Dec 4, 2010

fighting fighting

saya sedang cuba bersabar dan membuat pengamatan membaca keadaan disekeliling saya..
cuba menjadi sederhana diserikan dengan satu senyuman pahit..
when the time come..
there will be no more mr.nice guy..
memang sangat stress..
and I keep fighting..

Nov 28, 2010

reality bite


وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلاَّ بِإِذْنِ الله كِتَابًا مُّؤَجَّلاً وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Ali Imron: 145]

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.[Al-A’raf: 34]


ثُمَّ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الأَمْرِ مِن شَيْءٍ قُلْ إِنَّ الأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ يُخْفُونَ فِي أَنفُسِهِم مَّا لاَ يُبْدُونَ لَكَ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Mereka berkata: “Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?” Katakanlah: “Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tanganAllah”. Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: “Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini”. Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. [Ali Imron: 154]


we are not going to be here forever..
Al-fatihah : mohd danial hussaini mohd jamil

Nov 6, 2010

all about the crumbling world

Bismillahir Rahmanir Raheem..

secara rasminya, hari ini adalah hari terakhir aku ioi menggaji aku. Alhamdulillah, satu babak selesai.. beralih pula pada satu babak yang lain. mintak maap bebanyak, posting kali ini mungkin agak berlainan dari posting yang sebelum nya sebab bunyinya agak bernada serius.

cuma 3 bulan Allah bagi keiizinan untuk aku singgah di sini. pengamatan aku tertumpu pada 2 perspektif yang agak berlainan, satu; pandangan dari mata hati aku sendiri dan yang lagi satu; pandangan dari fikiran 'mereka'. asasnya skop pandangan aku lebih tertumpu kepada hikmah disebalik apa yang berlaku, kenapa aku diberi keizinan oleh Dia menjejakkan kaki di sini?

skop pandangan mereka pula tidak begitu pasti bagaimana kerana pada aku terlalu banyak merungut dan memberi alasan memang sangat buang masa. kenapa tak kembali pada Dia mencari penyelesaian?


أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].


قَالَ كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا
Maksudnya: “ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.” [Maryam: 21].


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [Surah Ar-Ra’d :11]


beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman ke-6 yang wajib diimani. percaya ,yakin yang setiap yang telah berlaku, sedang berlaku, dan yang akan berlaku baik rezeki, hidup, mati, adalah dalam milik mutlak Allah s.w.t. susah hidup didunia bukan susah yang berpanjangan. bahagia hidup didunia bukan bahagia hakiki dan ianya bukan semudah yang disangka. aku redha dan cuma cuba melihat dari sudut yang lebih positif.


Oct 16, 2010

hari yang panas

hari yang panas..
susah nak tido..

Oct 2, 2010

merapu lagi..

raya dah nak abes..
lame tak tulis blog..
walaupun pada hakikatnya..
dah banyak sangat benda yang nak diluahkan..
agaknya..
masih mencari ayat - ayat yang sesuai
untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan..

currently at KL..
open house rumah kawan..
jauhkan?
maybe nak lari sekejap dari environment kat johor..
aku pon x paham kenape..

last day in KL..
kerete plak bleh breakdown..
hari dah gelap..
camne nak balik JB nieh
mampus!!

Sep 19, 2010

salam aidilfitri 2010






















* to be continue...
aku tak dapat yang
full collection
lagi

Sep 8, 2010

a little bit of everything

kepale otak aku dah bunyik mercun nie..
sebelum balik kampung ..
wish for all of us ..
selamat hari raya ..
mintak maap zahir & batin ..
dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki ..
drive safely..
eat a lot, and let us get fat together !!

Aug 23, 2010

bazar yang bizarre

x der aper yang best..
cume aku rase..
percent pahala puase aku makin k
urang bile aku pegi bazar beli makan buka puase..
sebab..
cikaro-cikaro kat bazar nie so damn sexy..
oh ye..
anak makcik jual kuih pon sexy jugak..
hebat marketing strategy sekarang..
ades..

Aug 18, 2010

selamat beramal

bercerita bab isu semasa..
malaysia makin maju dengan kes buang bayi..
I'm speechless..
otak dah letak kat lutut?
nak salahkan siapa?

bulan ramadhan dah masuk..
moga aku boleh dapat sikit berkat bulan ramadhan nie..
moga lebih dekat aku dengan Dia..
selamat beramal..

bercerita bab jiwa..
baru aku tau camne perasaan bile org yg penah kite sayang
tibe2 contact kita balik..
rase macam nak tampar jer..
tapi sungguh tak macho..
hmm....
sorry..
mak,abah ngan cikgu sekolah aku tak ajar aku pukul pompuan..

Aug 6, 2010

hari untuk bermalas-malas

ciss..
malas nak buat keje..
dari malam tadi..
cuba tukar templet blog nie..
saya yang buntu..

Aug 4, 2010

melody no 03 : the melancholic

dah sebulan keje..
truly 110% different then before..
sebab tak kene pegang spana..
tangan tak hitam dengan minyak..
dok monitor orang keje..
but it's ok..
until then
I keep learning ..
er..
entah dah berape lame aku tak balik kampung ..
sebab cuti aku diisi dengan kelas part time ..

Jul 2, 2010

esok hari last gua..

dengan lafaz "Bismillah hirRahman nir Rahim" ..
aku berhijrah dan berhenti kerja di SNC .
.

Jun 22, 2010

melody no2 : the symptoms

akhirnya gua pon berjaya mendapatkan kerja lain..
tapi sebanarnya benda nie kan 'a new begining' ..
syukur dapat jugak aku keluar dari company jepun nie..
kalo stay lagi lame bleh bertambah level mereng aku..

berikut merupakan perkara yang tak senonoh yang pernah aku buat sepanjang berkerja di SNC.
(budak bawah umur jangan suka-suka hati korang nak ikut ape yang aku buat. kene lempang ngan bos kang sesia je.. aku tak per..bos aku sayang aku )

1. secara logiknya, mane ader orang yang berani ubah color lori pick up kat kilang tu..
aku dengan gaya gagah berani + rasa rebel yang meluap-luap
menukarkan colur pick up tu kepada colur hitam..
er.. tapi tu bukan masalahnya. bos aku marah aku sebab tak abiskan kerje mengecat tu..

2. aktiviti sukan x games bertaraf dunia selalu aku practice kan dengan memandu secara drift (menggelongsor) bila hari hujan. dan mangsanya adalah motor roda 3 tidak terkecuali lori pickup yang dah berubah color asalnya.

3. oh ya. sukan drag juga kerap kali aku practice ..

4. menganjurkan kelas seni sekaligus menghasilkan bendera anti israel dengan sokongan kawan-kawan yang lain tapi akhirnya dibuang ke tong sampah kerana di kilang tidak boleh sama sekali membuat pembakaran terbuka.. (kalau bakar jugak confirm mampus semua orang kat SNC nie sebab banyak chemical yang mudah terbakar)

5. yang nie agak mulia siket.. memberi makan kucing-kucing terbiar kat area kilang nie. (sebenarnya bukan aku yang beli makanan kucing nie pon, tukang beli nie bebudak P&S. aku kire supporter dengan memberi makan kat kucing2 nie.. ) dalam kilang pon ader kucing? kalo nie afrika.. confirm aku belasah bele kanggaroo.. heh

6.yang menjadi aktiviti wajib setiap 2 minggu. tolak motor masuk toilet dan .... basuh moto la aper lagi. gua kan fulltime rider..

7. tepat pukul 12pm.. akan berkumpul beramai-ramai didalam office bukan untuk baca surah yasin tapi pengsankan diri tido mati... (walau pada hakikatnya waktu rehat start pada pukul 1pm..)

sebenarnya banyak lagi.. takut kalo tulih kang ader yang tak puas hati plak.. kuang3x

May 20, 2010

melody no 1: the rhapsody and microdots

mari bercerita pasal kerjaya.
daripada kerjaya la orang boleh jadi kaya.
sebab kerjaya yang best diukur dengan jumlah gaji yang diperolehi.
gua rase semua orang tahu benda nie. pernah jugak seorang hamba Allah yang bagi pandangan pada aku yang objektif kita belajar dari kita kecik adalah semata-mata nak mendapatkan kerja yang best.
pernah x korang kene tanya "dah besar nanti nak jadik aper?".

lame jugak aku pikir sebelum aku tulis post nie.
nak kata kerjaya aku best sangat memang jauh sekali.
tapi bila aku dah jalan jalan surfing terjumpa satu artikel dengan satu baris ayat suci Al-Quran nie.
aku rase semua orang familiar dengan ayat nie tapi jarang kita mengkaji.
memang dah jadi trend orang melayu malas dalam semua benda.
macam aku.

berikut adalah baris ayat Al-Quran itu:

"Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tiada mengkehendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki, supaya mereka memberi makanKu. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh" Adz Dzariyaat : 56 - 57


jadi kesimpulannya; setiap nafas, setiap pergerakan, setiap pekerjaan dan setiap segalanya yang kita lakukan adalah semata-mata ibadah pada Dia.
sekelian jin dan manusia diciptakan hanya dengan satu tujuan, iaitu menuju satu hala kepada pengabdian diri kepada Pencipta, Tuhan yang Maha Kaya, pemilik sekelian alam ini.
dari sudut kerjaya pula, kita dikaburi dengan nilai mata wang iaitu gaji itu sendiri yang jadi pengukur dalam kerja yang kita lakukan.
ader sesetengah yang memerlukan duit gaji untuk benda yang jauh sekali tujuan asal iaitu beribadah.
menderma hasil dari gaji kita kan satu ibadah.
membayar wang untuk makanan hasil daripada gaji juga jadi ibadah
sebab setiap benda saling berkait.
cuma ianya terjadi bila nawaitu kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dengan syarat halal adalah halal dan yang haram dah memang confirm haram.

sesekali kene "muhasabah" diri ...
lu, gua dan semua orang, mari kite pikir sama-sama...

May 16, 2010

weekend activity : the hush



satu malam yang indah, setelah kami 4 sekawan baru menjayakan aktiviti meng'enjoy'kan diri sendiri, kami singgah sebentar ke kedai wan atas permintaan beliau sendiri untuk membuat sport check yang memang lazim dibuatnya. kami didatangi oleh seorang mahluk yang memang aku tak kenal langsung asal-usul orang nie. mengikut data perangkaan yang panjang berikan, suspek merupakan kenalan beliau. ape aku kesah kan?

untuk meneruskan perkembangan plot cerita, kedatangan sahabat panjang ini bertujuan untuk memajak Compaq Presario C500 milik kawan beliau dan beliau merupakan orang tengah bagi urusniaga ini. setelah menjalankan sedikit siasatan pada item cagaran ini, ternyata ia nya bereda dikeadaan stabil. entah macam mana dengan niat baik nak tolong orang gua pon menyambar laptop itu.

setelah 2 hari menyimpan item tersebut, gua pun mejalankan sedikit post mortem. tetapi agak memeranjatkan kerana seperti pertama kali cubaan menghidupkan laptop tersebut ia cuma bertahan lebih kurang 2 minit dan kemudian mati dengan sendirinya. dengan berbekalkan ilmu didada (ilmu tu memang kat dada ker? pelik kan orang-orang tua kita bagi istilah camni) gua pun melakukan post mortem yang lebih mendalam pada item dan ternyata cooling fan untuk processor gagal berfungsi dan terdapat beberape kesan seperti pernah dibuka. gua pon menepuk kepala gua. dalam hati gua pun berkata, "patut ler dapat murah..."

solution: gua tengah order part, once bile test ok next month aku mintak extra charge kat mahkluk tu kalau tak, ini harta aku yang punya.. kuang3x

May 3, 2010

behind me, behind you


aku dah ketandusan idea. kekadang pening jugak nak buat posting kat blog nie. 2,3 minggu nie sibok dengan kelas part time hari sabtu. maka dengan ini terpaksalah aku men'declare'kan yang hari sabtu aku langsung tak free untuk berpoya-poya. kebetulan pulak kengkawan seperjuangan aku ramai yang nak mendirikan masjid. sorry bebanyak la kalo aku tak dapat datang majlis korang. mintak ampun sangat-sangat lah yek. gua tengah struggle upgrade kerjaye gua.. so harap korang paham la haha.








Apr 26, 2010

we do have to fight.. do we?

entah macam mana gua boleh jatuh demam. buat julung-julung kalinye gua rase dunia ie gelap. rupenyer macam nie kalo orang rasa nak pitam. maka terpaksalah gua skip kelas chargeman dari pukul 10am sampai pukul 1. balik dari kelas setelah meng'kene' panadol 2 biji gua baring terlantar sorang diri kat rumah berselubung.

ape yang nak gua cuba sampaikan dalam post kali nie bukan topik demam tapi rase sunyi tak ade sape-sape mase gua demam. benda nie la yang berlegar-legar mase kat ceruk kepale otak aku mase tengah berselubung lebih kurang 2-3 jam (FYI secara automatik perasaan tu hilang lepas 3 jam sebab aku dah tertidur).

bile dah bangun dari tidur tapa yang lame, hati gua pun berbisik "confirm, semua mahluk yang single kat dunia nie mesti rase aper yang gua rase bile kene demam @ jatuh sakit. lagi-lagi kalo dok jauh dari kampung".


hmm.. bak kata ajis,sudin, ngan ramlee kat filem pendekar bujang lapok yang teramat famous ddikalangan kite, "coooooooooobaaaaaan..!!"

Apr 15, 2010

life of options?

aku dah terkene dah.. satu malam aku tak tido sebab otak aku tak berhenti berpikir. hasilnye mata aku sakit, kepale pening sebab tak boleh tido. sungguh best hidup aku. Allah tengah uji aku. tawakal jer lah. moge-moge aku tak salah pilihan. hidup nie penuh pilihan kan?

Apr 3, 2010

the return of ...

aku akan kembali mula aktif menulis blog dan diantara sebab-sebabnya ialah:

1 - bill broadband yang aku aku bayar bulan nie, tak akan aku sia-sia kan. mesti digunakan sampai tahap optimum demi mencapai kepuasan sebagai pengguna.

2 - tekanan hidup yang aku anggap sebagai positif dan kebanyakan negatif so blog ini adalah tempat yang sesuai untuk melontarkan semua tekanan ini dalam bentuk makian, cacian, pujian, kesedihan, dan semua terlibat. sesungguhnya lumrah setiap manusia ada rebel tersendiri.

3 - aku rase menulis adalah suatu seni.

banyak cakap x guna, mari start menulis blog