daripada kerjaya la orang boleh jadi kaya.
sebab kerjaya yang best diukur dengan jumlah gaji yang diperolehi.
gua rase semua orang tahu benda nie. pernah jugak seorang hamba Allah yang bagi pandangan pada aku yang objektif kita belajar dari kita kecik adalah semata-mata nak mendapatkan kerja yang best.
pernah x korang kene tanya "dah besar nanti nak jadik aper?".
lame jugak aku pikir sebelum aku tulis post nie.
nak kata kerjaya aku best sangat memang jauh sekali.
tapi bila aku dah jalan jalan surfing terjumpa satu artikel dengan satu baris ayat suci Al-Quran nie.
aku rase semua orang familiar dengan ayat nie tapi jarang kita mengkaji.
memang dah jadi trend orang melayu malas dalam semua benda.
macam aku.
berikut adalah baris ayat Al-Quran itu:
"Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tiada mengkehendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki, supaya mereka memberi makanKu. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh" Adz Dzariyaat : 56 - 57
jadi kesimpulannya; setiap nafas, setiap pergerakan, setiap pekerjaan dan setiap segalanya yang kita lakukan adalah semata-mata ibadah pada Dia.sekelian jin dan manusia diciptakan hanya dengan satu tujuan, iaitu menuju satu hala kepada pengabdian diri kepada Pencipta, Tuhan yang Maha Kaya, pemilik sekelian alam ini.
dari sudut kerjaya pula, kita dikaburi dengan nilai mata wang iaitu gaji itu sendiri yang jadi pengukur dalam kerja yang kita lakukan.
ader sesetengah yang memerlukan duit gaji untuk benda yang jauh sekali tujuan asal iaitu beribadah.
menderma hasil dari gaji kita kan satu ibadah.
membayar wang untuk makanan hasil daripada gaji juga jadi ibadah
sebab setiap benda saling berkait.
cuma ianya terjadi bila nawaitu kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dengan syarat halal adalah halal dan yang haram dah memang confirm haram.
sesekali kene "muhasabah" diri ...
lu, gua dan semua orang, mari kite pikir sama-sama...
No comments:
Post a Comment