May 20, 2010

melody no 1: the rhapsody and microdots

mari bercerita pasal kerjaya.
daripada kerjaya la orang boleh jadi kaya.
sebab kerjaya yang best diukur dengan jumlah gaji yang diperolehi.
gua rase semua orang tahu benda nie. pernah jugak seorang hamba Allah yang bagi pandangan pada aku yang objektif kita belajar dari kita kecik adalah semata-mata nak mendapatkan kerja yang best.
pernah x korang kene tanya "dah besar nanti nak jadik aper?".

lame jugak aku pikir sebelum aku tulis post nie.
nak kata kerjaya aku best sangat memang jauh sekali.
tapi bila aku dah jalan jalan surfing terjumpa satu artikel dengan satu baris ayat suci Al-Quran nie.
aku rase semua orang familiar dengan ayat nie tapi jarang kita mengkaji.
memang dah jadi trend orang melayu malas dalam semua benda.
macam aku.

berikut adalah baris ayat Al-Quran itu:

"Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tiada mengkehendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki, supaya mereka memberi makanKu. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh" Adz Dzariyaat : 56 - 57


jadi kesimpulannya; setiap nafas, setiap pergerakan, setiap pekerjaan dan setiap segalanya yang kita lakukan adalah semata-mata ibadah pada Dia.
sekelian jin dan manusia diciptakan hanya dengan satu tujuan, iaitu menuju satu hala kepada pengabdian diri kepada Pencipta, Tuhan yang Maha Kaya, pemilik sekelian alam ini.
dari sudut kerjaya pula, kita dikaburi dengan nilai mata wang iaitu gaji itu sendiri yang jadi pengukur dalam kerja yang kita lakukan.
ader sesetengah yang memerlukan duit gaji untuk benda yang jauh sekali tujuan asal iaitu beribadah.
menderma hasil dari gaji kita kan satu ibadah.
membayar wang untuk makanan hasil daripada gaji juga jadi ibadah
sebab setiap benda saling berkait.
cuma ianya terjadi bila nawaitu kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dengan syarat halal adalah halal dan yang haram dah memang confirm haram.

sesekali kene "muhasabah" diri ...
lu, gua dan semua orang, mari kite pikir sama-sama...

May 16, 2010

weekend activity : the hush



satu malam yang indah, setelah kami 4 sekawan baru menjayakan aktiviti meng'enjoy'kan diri sendiri, kami singgah sebentar ke kedai wan atas permintaan beliau sendiri untuk membuat sport check yang memang lazim dibuatnya. kami didatangi oleh seorang mahluk yang memang aku tak kenal langsung asal-usul orang nie. mengikut data perangkaan yang panjang berikan, suspek merupakan kenalan beliau. ape aku kesah kan?

untuk meneruskan perkembangan plot cerita, kedatangan sahabat panjang ini bertujuan untuk memajak Compaq Presario C500 milik kawan beliau dan beliau merupakan orang tengah bagi urusniaga ini. setelah menjalankan sedikit siasatan pada item cagaran ini, ternyata ia nya bereda dikeadaan stabil. entah macam mana dengan niat baik nak tolong orang gua pon menyambar laptop itu.

setelah 2 hari menyimpan item tersebut, gua pun mejalankan sedikit post mortem. tetapi agak memeranjatkan kerana seperti pertama kali cubaan menghidupkan laptop tersebut ia cuma bertahan lebih kurang 2 minit dan kemudian mati dengan sendirinya. dengan berbekalkan ilmu didada (ilmu tu memang kat dada ker? pelik kan orang-orang tua kita bagi istilah camni) gua pun melakukan post mortem yang lebih mendalam pada item dan ternyata cooling fan untuk processor gagal berfungsi dan terdapat beberape kesan seperti pernah dibuka. gua pon menepuk kepala gua. dalam hati gua pun berkata, "patut ler dapat murah..."

solution: gua tengah order part, once bile test ok next month aku mintak extra charge kat mahkluk tu kalau tak, ini harta aku yang punya.. kuang3x

May 3, 2010

behind me, behind you


aku dah ketandusan idea. kekadang pening jugak nak buat posting kat blog nie. 2,3 minggu nie sibok dengan kelas part time hari sabtu. maka dengan ini terpaksalah aku men'declare'kan yang hari sabtu aku langsung tak free untuk berpoya-poya. kebetulan pulak kengkawan seperjuangan aku ramai yang nak mendirikan masjid. sorry bebanyak la kalo aku tak dapat datang majlis korang. mintak ampun sangat-sangat lah yek. gua tengah struggle upgrade kerjaye gua.. so harap korang paham la haha.