"Lu dah makan?" aku tanya dia.
"Belum." jawab dia ringkas.
Aku tengok muka dia ade sikit serious. Suasana jadi sepi sekejap.
"Beb, engkau rase kenape orang menipu?" dia mula bertanya.
Aku tengok muka dia sambil tanye, " Apesal?"
"Kau sanggup tipu orang yang engkau sayang tak?" soalan kedua dia pulak keluar.
Dahi aku jadi makin berkerut. Aku alihkan pandangan aku ke TV balik sambil cuba berfikir nak jawab soalan susah dia.
"Truth is damn painful man. Mungkin sebab tu manusia ambil jalan senang menipu, takut nak rasa sakit" aku cuba jawab soalan dia dengan ringkas tapi padat.
Suasana sepi balik. Cuma dengar suara Sponge Bob dengan Patric dari TV sahaja kedengaran.
Tiba-tiba air mata dia mengalir. Aku pon rase lain macam terus tinggalkan dia sorang-sorang. Aku paham dia perlukan masa bersendirian.
"Kita kene jadi lagi kuat bro" sempat aku jerit dekat dia sebelum aku masuk bilik air untuk mandi.
....
* agaknya mungkin benar
kita sebenarnya
sangat takut untuk sakit
tapi lebih rela menyakiti
orang lain
No comments:
Post a Comment